2. BAHAN BANTU MENGAJAR
Bahan Bantu Mengajar Untuk Murid Yang Cemerlang (Berpencapaian Tinggi)
Dan Murid Yang Lemah (Berpencapaian Rendah)
Hasil Pembelajaran : Mengganggarkan kapasiti sebuah baldi
dengan menggunakan unit-unit bukan piawai.
dengan menggunakan unit-unit bukan piawai.
Bahan-bahan Pengajaran : Baldi, botol minuman air mineral, botol
minuman air vitagen, dan cawan
minuman air mineral, Cecair Berwarna.
minuman air vitagen, dan cawan
minuman air mineral, Cecair Berwarna.
2.1 Kriteria Pemilihan Bahan Bantu Mengajar.
Pemilihan bahan bantu mengajar adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria. Antara kriteria yang dikenalpasti adalah seperti berikut:
2.1.1 Mudah Diperolehi Dan Digunakan (implimentasi).
Bahan bantu mengajar yang digunakan seperti baldi, botol minuman air mineral, botol minuman air vitagen, cawan minuman air mineral adalah bahan yang amat mudah diperolehi samada di rumah atau di sekolah. Ia juga mudah dibeli dari kedai atau mana-mana pasaraya yang berada disekeliling kita. Harga bahan pengajaran ini juga amat murah dan ini akan menjimatkan kos.
Botol minuman air mineral, botol minuman air vitagen dan juga cawan minuman air mineral juga mudah dijumpai dan ianya juga merupakan bahan yang boleh dikitar dan digunakan semula (recycle and reuse) Keadaan ini juga akan mengelakkan pembaziran dan juga mengelakkan pencemaran alam sekitar apabila ianya digunakan semula.
Bahan pengajaran yang digunakan ini juga mudah untuk digunakan. Bahan yang dibuat daripada plastik ini juga tidak mudah pecah dan senang untuk dipegang dan dikendalikan oleh murid. Keadaan yang sedemikian akan memudahkan lagi aktiviti yang akan dijalankan oleh murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalan seperti aktiviti mengukat dan mengganggar kapasiti sebuah baldi dengan menggunakan unit-unit bukan piawai.
2.1.2 Bahan Pengajaran Yang Berkaitan Dengan Kehidupan Seharian
Bahan pengajaran seperti baldi, botol minuman air mineral, botol minuman air vitagen dan juga cawan minuman air mineral adalah bahan-bahan yang sering dilihat dan digunakan dalam aktiviti kehidupan harian kita. Murid juga sudah tahu bagaimana untuk memegang dan mengisi cecair ke dalam baldi dengan menggunakan botol minuman air mineral, botol minuman air vitagen dan juga cawan minuman air mineral dengan hanya sedikit bimbingan dari guru.
Baldi digunakan kerana murid telah mengetahui tentang kegunaan baldi iaitu digunakan untuk mengisi cecair. Melalui pengetahuan sedia ada, murid dapat mengetahui pelbagai jenis saiz baldi, botol minuman air mineral, botol minuman air vitagen dan juga cawan minuman air mineral yang telah digunakan. Murid juga dapat mengetahui pelbagai bentuk baldi, botol minuman air mineral, botol minuman air vitagen dan juga cawan minuman air mineral dan ini memudahkan murid-murid untuk mempelajari tentang isipadu cecair. Keadaan ini akan dapat mengelakkan pembaziran masa dan akan lebih menyeronok dan meningkatkan minat murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Keadaan ini juga menjadikan pengajaran lebih berpusatkan murid semasa murid meneroka dan mencari penyelesaian kepada masalah yang hendak diselesaikan iaitu menganggar kapasiti sebuah baldi dengan menggunakan unit-unit bukan piawai..
2.1.3 Bahan Pengajaran Yang Bersesuaian Dengan Semua Peringkat Kebolehan Murid.
Bahan pengajaran yang dipilih adalah amat bersesuaian dengan semua peringkat kebolehan murid kerana ianya adalah praktikal dan mudah untuk memahami objektif pengajaran yang hedak dicapai. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini murid dikehendaki mendapatkan jumlah atau bilangan botol minuman air mineral, botol minuman air vitagen dan juga cawan minuman air mineral yang diperlukan untuk menganggar kapasiti cecair bagi sebuah baldi. Murid hanya perlu mengisi cecair kedalam baldi dengan menggunakan bahan penyukat yang bukan berunit piawai seperti botol minuman air mineral, botol minuman air vitagen dan juga cawan minuman air mineral.
Aktiviti yang berpusatkan murid ini amat mudah dilakukan dengan menggunakan bahan pengajaran yang telah dirancang dan disediakan itu tanpa mengira peringkat kebolehan murid. Hanya beberapa aktiviti penyesuaian telah dilakukan untuk peringkat murid yang berpencapaian tinggi dan murid berpencapaian rendah agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan.
2.1.4 Kos Yang Murah dan Ekonomikal.
Bahan pengajaran seperti botol minuman air mineral, botol minuman air vitagen dan juga cawan minuman air mineral adalah bahan yang mudah diperolehi. Ia juga boleh diperolehi secara percuma dari pengguna yang telah habis meminum minuman yang terdapat di dalamnya. Keadaan yang sedemikian ini sudah tentu dapat mengelakkan pembaziran kos untuk membeli bahan pengajaran yang mahal. Penggunaan bahan pengajaran yang digunakan dikitar dan digunakan semula (recycle and reuse) ini boleh dianggap ekonomikal dan praktikal.
No comments:
Post a Comment