3. LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini terbahagi kepada dua bahagaian iaitu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi murid cemerlang (berpencapaian tinggi) dan aktiviti murid lemah (berpencapaian rendah)
3.1 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Murid Cemerlang (Berpencapaian Tinggi)
Hasil pembelajaran : Menganggar kapasiti sebuah baldi dengan menggunakan unit-unit bukan piawai.
Bahan : Botol minuman air mineral, botol minuman air
vitagen dan cawan minuman air mineral.
vitagen dan cawan minuman air mineral.
Langkah-langkah:
1. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan dan terdiri daripada 4 orang murid dalam setiap kumpulan.
2. Setiap kumpulan akan melantik seorang muridsebagai ketua dan seorang murid sebagai seorang pencatat dalam setiap kumpulan.
3. Guru memberikan satu set bahan pengajaran seperti baldi, botol minuman air mineral, botol minuman air vitagen dan cawan minuman air mineral dan lampiran tugasan kepada setiap kumpulan seperti di bawah.
Lampiran Tugasan
Alat Ukuran Bukan Piawai | Botol Air Mineral | Botol Air Vitagen | Cawan Air Mineral |
Anggaran Isipadu Air Satu Baldi | _____ botol | ______ botol | ______ cawan |
Ukuran Sebenar Isipadi Air Satu Baldi | _____ botol | _____ botol | _____ cawan |
4. Guru mengadakan satu pertandingan dengan meminta sertiap kumpulan menganggar jumlah bilangan air botol mineral yang diperlukan untuk mengisi sebuah baldi sehingga penuh dan mencatatnya di dalam lampiran tugasan yang diedarkan.
5. Guru meminta setiap kumpulan mengisi air ke dalam baldi sehingga penuh dengan menggunakan botol minuman air mineral untuk mendapatkan ukuran sebenar jawapan. Setiap kumpulan juga diminta mengira jumlah bilangan air botol minuman mineral yang diperlukan untuk memenuhi baldi dan dicatatkan ke dalam lampiran tugasan yang telah diedarkan.
6. Kemudian guru meminta setiap kumpulan mengulangi langkah (4) dan langkah (5) dengan menggunakan botol minuman air vitagen dan cawan minuman air mineral pula.
7. Guru meminta murid supaya memastikan semua penemuan mereka itu dicatatkan dengan jelas ke dalam lampiran tugasan yang telah diedarkan. Kumpulan yang telah menganggar jawapan yang hampir tepat atau bertepatan dengan ukuran jawapan sebenar dianggap pemenang dalam pertandingan tadi
Contoh jawapan murid,
Alat Ukuran Bukan Piawai | Botol Minuman Air Mineral | Botol Minuman Air Vitagen | Cawan Air Mineral |
Anggaran Isipadu Airt Satu Baldi | 15 botol | 20 botol | 22 cawan |
Ukuran Sebenar Isipadi Air Satu Baldi | 12 botol | 17 botol | 18 cawan |
8. Guru meminta murid mengadakan perbincangan kumpulan untuk menulis penemuan dalam bentuk penyataan seperti di bawah:
a. _____ botol minuman air mineral diperlukan untuk memenuhi sebuah baldi tersebut.
b. ______ botol minuman air vitagen diperlukan untuk memenuhi sebuah baldi tersebut.
c. ______ cawan air mineral diperlukan untuk memenuhi sebuah baldi tersebut.
9. Murid berbincang di dalam kumpulan masing-masing tentang ketiga-tiga bekas tersebut iaitu botol minuman air mineral, botol minuman air vitagen dan cawan minuman air mineral yang manakah mempunyai kapasiti air yang lebih besar dan yang lebih kecil?
Soalan Guru
Bekas air manakah yang mempunyai kapasiti air lebih besar dan nyatakan sebabnya?
Jawapan Murid
Bekas botol minuman air mineral mempunyai kapasiti lebih besar kerana memerlukan bilangan botol yang paling sedikit iaitu 12 botol untuk memenuhi isipadu air bagi sebuah baldi.
Soalan Guru
Bekas air manakah yang mempunyai kapasiti air lebih kecil dan nyatakan sebabnya?
Jawapan Murid
Bekas cawan air mineral mempunyai kapasiti lebih kecil kerana memerlukan bilangan botol yang paling banyak iaitu 18 cawan untuk memenuhi isipadu air bagi sebuah baldi.
10. Guru meminta murid menyusun alat ukuran secara menaik dari kapasiti bekas yang paling kecil kepada bekas yang paling besar kapasitinya?
11. Kemudian guru meminta seorang wakil dalam kumpulan untuk menyusun alat ukuran mengikut kapasiti bekas secara menurun.
3.2 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Murid Lemah (Berpencapaian Rendah)
Hasil Pembelajaran : Mengganggarkan kapasiti sebuah baldi dengan
menggunakan unit-unit bukan piawai.
menggunakan unit-unit bukan piawai.
Bahan-bahan Pengajaran : Baldi, botol minuman air mineral, botol
minuman air vitagen, dan cawan
minuman air mineral, Cecair Berwarna.
minuman air vitagen, dan cawan
minuman air mineral, Cecair Berwarna.
Langkah-langkah:
1 Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan dan terdiri daripada 4 orang murid dalam setiap kumpulan.
2 Setiap kumpulan akan melantik seorang murid sebagai ketua dan seorang murid sebagai seorang pencatat dalam setiap kumpulan.
3 Guru memberikan satu set bahan pengajaran seperti baldi, botol minuman air mineral, botol minuman air vitagen dan cawan minuman air mineral dan lampiran tugasan kepada setiap kumpulan seperti di bawah.
Lampiran Tugasan
Alat Ukuran Bukan Piawai | Botol Air Mineral | Botol Air Vitagen | Cawan Air Mineral |
Ukuran Sebenar Isipadi Air Satu Baldi | _____ botol | _____ botol | ______ cawan |
4 Guru membimbing dan meminta setiap kumpulan mengisi air ke dalam baldi sehingga penuh dengan menggunakan botol minuman air mineral untuk mendapatkan ukuran sebenar jawapan. Setiap kumpulan juga diminta mengira jumlah bilangan air botol minuman mineral yang diperlukan untuk memenuhi baldi dan dicatatkan ke dalam lampiran tugasan yang telah diedarkan.
5 Kemudian guru meminta setiap kumpulan mengulangi langkah (4) dan langkah (5) dengan menggunakan botol minuman air vitagen dan cawan minuman air mineral pula.
6 Guru meminta murid supaya memastikan semua penemuan mereka itu dicatatkan dengan jelas ke dalam lampiran tugasan yang telah diedarkan. Guru membimbing murid untuk menulis ukuran jawapan sebenar yang diperlukan oleh murid dalam setiap kumpulan.
Contoh jawapan murid,
Alat Ukuran Bukan Piawai | Botol Air Mineral | Botol Air Vitagen | Cawan Air Mineral |
Ukuran Sebenar Isipadi Air Satu Baldi | 12 botol | 17 botol | 18 cawan |
7 Guru meminta murid mengadakan perbincangan kumpulan untuk menulis penemuan dalam bentuk penyataan seperti di bawah:
a. _____ botol minuman air mineral diperlukan untuk memenuhi sebuah baldi tersebut.
b. ______ botol minuman air vitagen diperlukan untuk memenuhi sebuah baldi tersebut.
c. ______ cawan air mineral diperlukan untuk memenuhi sebuah baldi tersebut.
Murid berbincang di dalam kumpulan masing-masing tentang ketiga-tiga bekas tersebut iaitu botol minuman air mineral, botol minuman air vitagen dan cawan minuman air mineral yang manakah mempunyai kapasiti air yang lebih besar dan yang lebih kecil?
Soalan Guru
Bekas air manakah yang mempunyai kapasiti air lebih besar dan nyatakan sebabnya?
Jawapan Murid dengan Bimbingan Guru
Bekas botol minuman air mineral mempunyai kapasiti lebih besar kerana memerlukan bilangan botol yang paling sedikit iaitu 12 botol untuk memenuhi isipadu air bagi sebuah baldi.
Soalan Guru
Bekas air manakah yang mempunyai kapasiti air lebih kecil dan nyatakan sebabnya?
Jawapan Murid dengan Bimbingan Guru
Bekas cawan minuman air mineral mempunyai kapasiti lebih kecil kerana memerlukan bilangan botol yang paling banyak iaitu 18 cawan untuk memenuhi isipadu air bagi sebuah baldi.
8 Guru meminta murid menyusun alat ukuran secara menaik dari kapasiti bekas yang paling kecil kepada bekas yang paling besar kapasitinya?
9 Kemudian guru meminta seorang murid untuk menyusun alat ukuran mengikut kapasiti bekas secara menurun.
No comments:
Post a Comment