Wednesday, November 24, 2010

5.         BIBLIOGRAFI

Liew Su Tim dan Cham Juat Eng (2003), Integrated Curriculum for                         Primary School,               Mathematics Year 2 (Activity Book), YPJ                        Publications  and Distributed Sdn. Bhd. Seri Kembangan, Selangor.

Kennedy, L.M., and Tipps, S. (2000). Guiding Chlidren’s Learning of
            Mathematics, Allyn and Wadsworth, United States.

Rucker, W.E and Dilley, C.A. (1981) Heath Mathematics. D. C. Heath
            and Company, United States.
4.         PENUTUP
Penggunaan bahan-bahan konkrit sebagai bahan bantu  mengajar (BBM) dan bahan bantu belajar (BBB) adalah amat praktikal dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Penggunaan bahan tersebut secara langsung oleh murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam membuat perbandingan isipadu cecair akan dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kefahaman murid tentang objektif pelajaran yang hendak dicapai oleh murid. Murid dapat melihat dan membuat perbandingan dengan jelas tentang kapasiti sesuatu bahan apabila diisikan dengan cecair. Perbandingan tersebut dapat dibuat bukan hanya melihat kepada bentuk atau saiz bekas semata-mata tetapi ianya bergantung kepada kapasiti sesuatu bekas itu sendiri apabila diisi dengan cecair.
Penggunaan bahan pengajaran yang bersesuai dan praktikal ini juga sudah tentu dapat menambahkan minat murid terutamanya apabila mereka dapat merasai dan melihat sendiri hasil aktiviti pengukuran isipadu cecair yang telah mereka jalankan. Apabila minat sudah timbul dalam diri pelajar secara tidak langsung semangat dan motivasi dalam diri pelajar akan dapat ditingkatkan. Keadaan ini juga akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran matematik lebih menyeronokkan (the fun of mathematics). 
3.         LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini terbahagi kepada dua bahagaian iaitu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi murid cemerlang (berpencapaian tinggi) dan aktiviti murid lemah (berpencapaian rendah)

3.1       Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Murid Cemerlang                  (Berpencapaian Tinggi)
Hasil pembelajaran       :           Menganggar kapasiti sebuah baldi dengan                               menggunakan        unit-unit bukan  piawai.
Bahan                         :          Botol  minuman air mineral, botol minuman air
                                             vitagen  dan   cawan minuman air mineral.                                        


Langkah-langkah:
1.      Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan dan terdiri daripada 4 orang murid dalam setiap kumpulan.
2.      Setiap kumpulan akan melantik seorang muridsebagai ketua dan seorang murid sebagai seorang pencatat dalam setiap kumpulan.
3.      Guru memberikan satu  set bahan pengajaran seperti baldi, botol minuman air mineral, botol minuman air vitagen dan cawan minuman air mineral dan lampiran tugasan kepada setiap kumpulan seperti di bawah.

Lampiran Tugasan

Alat Ukuran Bukan Piawai

Botol Air Mineral

Botol Air Vitagen

Cawan Air Mineral
Anggaran Isipadu Air Satu Baldi

_____ botol

______ botol

______ cawan
Ukuran Sebenar Isipadi Air Satu Baldi

_____ botol

_____ botol

_____ cawan


4.      Guru mengadakan satu pertandingan dengan meminta sertiap kumpulan menganggar jumlah bilangan air botol mineral yang diperlukan  untuk mengisi sebuah baldi sehingga penuh dan mencatatnya di dalam lampiran tugasan yang diedarkan.

5.      Guru meminta setiap kumpulan mengisi air ke dalam baldi sehingga penuh dengan menggunakan botol minuman air mineral untuk mendapatkan ukuran sebenar jawapan. Setiap kumpulan juga diminta mengira jumlah bilangan air botol minuman mineral yang diperlukan untuk memenuhi baldi dan dicatatkan ke dalam lampiran tugasan yang telah diedarkan.



6.      Kemudian guru meminta setiap kumpulan mengulangi langkah (4) dan langkah (5) dengan menggunakan botol minuman air vitagen dan cawan minuman air mineral pula.

7.      Guru meminta murid supaya memastikan semua penemuan mereka itu dicatatkan dengan jelas ke dalam lampiran tugasan yang telah diedarkan. Kumpulan yang telah menganggar jawapan yang hampir tepat atau bertepatan dengan ukuran jawapan sebenar dianggap pemenang dalam pertandingan tadi



Contoh jawapan murid,

Alat Ukuran Bukan Piawai

Botol Minuman Air Mineral

Botol Minuman Air Vitagen

Cawan Air Mineral
Anggaran Isipadu Airt Satu Baldi

15 botol

20  botol

22 cawan
Ukuran Sebenar Isipadi Air Satu Baldi

12 botol

17 botol

18 cawan

8.      Guru meminta murid mengadakan perbincangan kumpulan untuk menulis penemuan dalam bentuk penyataan seperti di bawah:

a.       _____  botol minuman air mineral diperlukan untuk memenuhi sebuah baldi tersebut.
b.      ______ botol minuman air vitagen diperlukan untuk memenuhi sebuah baldi tersebut.
c.       ______ cawan air mineral diperlukan untuk memenuhi sebuah baldi tersebut.


9.      Murid berbincang di dalam kumpulan masing-masing  tentang ketiga-tiga bekas tersebut iaitu botol minuman air mineral, botol  minuman air vitagen dan cawan minuman air mineral yang manakah mempunyai kapasiti air yang lebih besar dan yang lebih  kecil?

Soalan Guru
Bekas air manakah yang mempunyai kapasiti air lebih besar dan nyatakan sebabnya?

Jawapan Murid
Bekas botol minuman air mineral mempunyai kapasiti lebih besar kerana memerlukan bilangan botol yang paling sedikit iaitu 12 botol untuk memenuhi isipadu air bagi sebuah baldi.

Soalan Guru
Bekas air manakah yang mempunyai kapasiti air lebih kecil dan nyatakan sebabnya?

Jawapan Murid
Bekas cawan air mineral mempunyai kapasiti lebih kecil kerana memerlukan bilangan botol yang paling banyak iaitu 18 cawan untuk memenuhi isipadu air bagi sebuah baldi.

10.  Guru meminta murid menyusun alat ukuran secara menaik dari kapasiti  bekas yang paling kecil kepada bekas  yang paling besar kapasitinya?



11.  Kemudian guru meminta seorang wakil dalam kumpulan untuk menyusun alat ukuran mengikut kapasiti bekas secara menurun.






3.2       Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Murid Lemah (Berpencapaian Rendah)
Hasil Pembelajaran :           Mengganggarkan kapasiti sebuah baldi dengan
                                               menggunakan unit-unit bukan piawai.
Bahan-bahan Pengajaran    :           Baldi, botol minuman air mineral, botol  
                                                            minuman air vitagen, dan cawan
                                                             minuman air mineral, Cecair Berwarna.
Langkah-langkah:
1        Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan dan terdiri daripada 4 orang murid dalam setiap kumpulan.
2        Setiap kumpulan akan melantik seorang murid sebagai ketua dan seorang murid sebagai seorang pencatat dalam setiap kumpulan.



3        Guru memberikan satu  set bahan pengajaran seperti baldi, botol minuman air mineral, botol minuman air vitagen dan cawan minuman air mineral dan lampiran tugasan kepada setiap kumpulan seperti di bawah.

Lampiran Tugasan

Alat Ukuran Bukan Piawai
                
Botol Air Mineral

Botol Air Vitagen

Cawan Air Mineral

Ukuran Sebenar Isipadi Air Satu Baldi


_____ botol


_____ botol


______
 cawan


4        Guru membimbing dan meminta setiap kumpulan mengisi air ke dalam baldi sehingga penuh dengan menggunakan botol minuman air mineral untuk mendapatkan ukuran sebenar jawapan. Setiap kumpulan juga diminta mengira jumlah bilangan air botol minuman mineral yang diperlukan untuk memenuhi baldi dan dicatatkan ke dalam lampiran tugasan yang telah diedarkan.



5        Kemudian guru meminta setiap kumpulan mengulangi langkah (4) dan langkah (5) dengan menggunakan botol minuman air vitagen dan cawan minuman air mineral pula.

6        Guru meminta murid supaya memastikan semua penemuan mereka itu dicatatkan dengan jelas ke dalam lampiran tugasan yang telah diedarkan. Guru membimbing murid untuk menulis ukuran jawapan sebenar yang diperlukan oleh murid dalam setiap kumpulan.



Contoh jawapan murid,

Alat Ukuran Bukan Piawai
                
Botol Air Mineral

Botol Air Vitagen

Cawan Air Mineral

Ukuran Sebenar Isipadi Air Satu Baldi

12 botol

17 botol

18 cawan

7        Guru meminta murid mengadakan perbincangan kumpulan untuk menulis penemuan dalam bentuk penyataan seperti di bawah:

a.       _____  botol minuman air mineral diperlukan untuk memenuhi sebuah baldi tersebut.
b.      ______ botol minuman air vitagen diperlukan untuk memenuhi sebuah baldi tersebut.
c.       ______ cawan air mineral diperlukan untuk memenuhi sebuah baldi tersebut.


Murid berbincang di dalam kumpulan masing-masing  tentang ketiga-tiga bekas tersebut iaitu botol minuman air mineral, botol  minuman air vitagen dan cawan minuman air mineral yang manakah mempunyai kapasiti air yang lebih besar dan yang lebih  kecil?

Soalan Guru
Bekas air manakah yang mempunyai kapasiti air lebih besar dan nyatakan sebabnya?

Jawapan Murid dengan Bimbingan Guru
Bekas botol minuman air mineral mempunyai kapasiti lebih besar kerana memerlukan bilangan botol yang paling sedikit iaitu 12 botol untuk memenuhi isipadu air bagi sebuah baldi.

Soalan Guru
Bekas air manakah yang mempunyai kapasiti air lebih kecil dan nyatakan sebabnya?

Jawapan Murid dengan Bimbingan Guru
Bekas cawan minuman air mineral mempunyai kapasiti lebih kecil kerana memerlukan bilangan botol yang paling banyak iaitu 18 cawan untuk memenuhi isipadu air bagi sebuah baldi.


8        Guru meminta murid menyusun alat ukuran secara menaik dari kapasiti  bekas yang paling kecil kepada bekas  yang paling besar kapasitinya?




9        Kemudian guru meminta seorang murid untuk menyusun alat ukuran mengikut kapasiti bekas secara menurun.




       



 2.         BAHAN BANTU MENGAJAR

Bahan Bantu Mengajar Untuk Murid Yang Cemerlang (Berpencapaian Tinggi)
 Dan Murid Yang Lemah (Berpencapaian Rendah)



                                                  
Hasil Pembelajaran             :           Mengganggarkan kapasiti sebuah baldi   
                                                           dengan menggunakan unit-unit bukan piawai.
Bahan-bahan Pengajaran    :           Baldi, botol minuman air mineral, botol
                                                           minuman air vitagen, dan cawan
                                                           minuman air mineral, Cecair Berwarna.





2.1       Kriteria Pemilihan Bahan Bantu Mengajar.
Pemilihan bahan bantu mengajar adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria. Antara kriteria yang dikenalpasti adalah seperti berikut:

2.1.1    Mudah Diperolehi Dan Digunakan (implimentasi).
Bahan bantu mengajar yang digunakan seperti baldi, botol minuman air mineral, botol minuman air vitagen, cawan minuman air mineral adalah bahan yang amat mudah diperolehi samada di rumah atau di sekolah. Ia juga mudah dibeli dari kedai atau mana-mana pasaraya yang berada disekeliling kita. Harga bahan pengajaran ini juga amat murah dan ini akan menjimatkan kos.
Botol minuman air mineral, botol minuman air vitagen dan juga cawan minuman air mineral juga mudah dijumpai dan ianya juga merupakan bahan yang boleh dikitar dan digunakan semula (recycle and reuse) Keadaan ini juga akan mengelakkan pembaziran dan juga mengelakkan pencemaran alam sekitar apabila ianya digunakan semula.
Bahan pengajaran yang digunakan ini juga mudah untuk digunakan. Bahan yang dibuat daripada plastik ini juga tidak mudah pecah dan senang untuk dipegang dan dikendalikan oleh murid. Keadaan yang sedemikian akan memudahkan lagi aktiviti yang akan dijalankan oleh murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalan seperti aktiviti mengukat dan mengganggar kapasiti sebuah baldi dengan menggunakan unit-unit bukan piawai.





2.1.2    Bahan Pengajaran Yang Berkaitan Dengan Kehidupan Seharian
Bahan pengajaran seperti baldi, botol minuman air mineral, botol minuman air vitagen dan juga cawan minuman air mineral adalah bahan-bahan yang sering dilihat dan digunakan dalam aktiviti kehidupan harian kita. Murid juga sudah tahu bagaimana untuk memegang dan mengisi cecair ke dalam baldi dengan menggunakan botol minuman air mineral, botol minuman air vitagen dan juga cawan minuman air mineral dengan hanya sedikit bimbingan dari guru.
Baldi digunakan kerana murid telah mengetahui tentang kegunaan baldi iaitu digunakan untuk mengisi cecair. Melalui pengetahuan sedia ada, murid dapat mengetahui pelbagai jenis saiz baldi, botol minuman air mineral, botol minuman air vitagen dan juga cawan minuman air mineral yang telah digunakan. Murid juga dapat mengetahui pelbagai bentuk baldi, botol minuman air mineral, botol minuman air vitagen dan juga cawan minuman air mineral  dan ini memudahkan murid-murid untuk mempelajari tentang isipadu cecair.  Keadaan ini akan dapat mengelakkan pembaziran masa dan akan lebih menyeronok dan meningkatkan minat murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Keadaan ini juga menjadikan pengajaran lebih berpusatkan murid semasa murid meneroka dan mencari penyelesaian kepada masalah yang hendak diselesaikan iaitu menganggar kapasiti sebuah baldi dengan menggunakan unit-unit bukan piawai..

2.1.3    Bahan Pengajaran Yang Bersesuaian Dengan Semua Peringkat Kebolehan Murid.
Bahan pengajaran yang dipilih adalah amat bersesuaian dengan semua peringkat kebolehan murid kerana ianya adalah praktikal dan mudah untuk memahami objektif pengajaran yang hedak dicapai. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini murid dikehendaki mendapatkan  jumlah atau bilangan botol minuman air mineral, botol minuman air vitagen dan juga cawan minuman air mineral yang diperlukan untuk menganggar kapasiti cecair bagi sebuah baldi. Murid hanya perlu mengisi cecair kedalam baldi dengan menggunakan bahan penyukat yang bukan berunit piawai seperti botol minuman air mineral, botol minuman air vitagen dan juga cawan minuman air mineral.

Aktiviti yang berpusatkan murid ini amat mudah dilakukan dengan menggunakan bahan pengajaran yang telah dirancang dan disediakan itu tanpa mengira peringkat kebolehan murid. Hanya beberapa aktiviti penyesuaian telah dilakukan untuk peringkat murid yang berpencapaian tinggi dan murid berpencapaian rendah agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan.

2.1.4    Kos Yang Murah dan Ekonomikal.
Bahan pengajaran seperti botol minuman air mineral, botol minuman air vitagen dan juga cawan minuman air mineral adalah bahan yang mudah diperolehi. Ia juga boleh diperolehi secara percuma dari pengguna yang telah habis meminum minuman yang terdapat di dalamnya. Keadaan yang sedemikian ini sudah tentu dapat mengelakkan pembaziran kos untuk membeli bahan pengajaran yang mahal. Penggunaan bahan pengajaran yang digunakan dikitar dan digunakan semula (recycle and reuse) ini boleh dianggap ekonomikal dan praktikal.

Pengenalan Pengukuran Isipadu Cecair

          PENGENALAN
Tugasan HBMT 2103, Teaching Mathematics in Year Two memerlukan perbincangan tentang pengukuran isipadu cecair . Perbincangkan ini merangkumi aktiviti-aktiviti yang berkesan dan sesuai untuk meningkatkan pencapaian murid-murid  cemerlang dan juga murid-murid yang lemah . Selain itu,  kita juga akan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk menjalan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid dapat memahami  tentang  ispadu  cecair  dengan baik dan tepat terutamanya dalam membuat perbandingan berkaitan kandungan isipadu dua bekas yang berbeza samada dari segi saiz atau bentuk.
Pengajaran dan pembelajaran berkaitan pengukuran boleh membantu  kita mengajar operasi nombor. Terdapat banyak konsep-konsep dan langkah-langkah matematik menjadi asas kepada kedua-dua konsep pengukuran dan nombor tersebut. Adalah diharapkan apabila murid mempelajari konsep pengukuran, mereka boleh mengintergrasikan  dengan masalah harian dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah tersebut.
Langkah pertama yang perlu diambil perhatian dalam pengukuran isipadu cecair   ialah mengetahui apa yang hendak diukur dan disukat.  Pengukuran mempunyai piawai yang tersendiri untuk mengukur benda-benda yang berlainan saiz dan bentuk. Apabila kita mengukur isipadu cecair, kita seharusnya menggunakan alat ukuran dan unit  piawai tertentu seperti  mililiter dan liter. Walaupun begitu murid juga harus didedahkan dengan alat ukuran dan unit yang bukan piawai dalam mengukur isipadu cecair terutamanya dalam membuat anggaran dan menyelesaikan masalah yang berkaiatan dengan kehidupan harian mereka.

Video Menyukat Isipadu Cecair